Jumaat, 27 Januari 2012

KHASIAT TERAS @ FOSIL KAYU GEMUNGGAL

1. Nama: Gemunggal juga di kenali dengan nama-nama lain seperti: remunggai dan kelor atau kilo.
2. Pemagar Rumah: a) Pokok ini jika ditanam di keempat-empat penjuru kawasan kediaman, insya Allah boleh dijadikan pemagar atau penghalang bagi sebarang kejahatan manusia, binatang, iblis, jin atau syaitan. b) Baca 7 kali Al-Fatihah, 7 kali Al-Ikhlas, 7 kali Ayat Qursi dan 7 kali selawat bagi setiap satu batang pokok yang di tanam. c) Boleh juga untuk kegunaan 'out-door'.
3. Keracunan Makanan: Asah dengan pekat sekadar sesudu makan dan kacau dalam segelas air. Minum sampai habis.
4. Pelaris, Pemikat dan Penunduk: a) Pakai biar bersentuhan dengan kulit dalam bentuk cincin atau loket atau simpan dalam poket. Asalkan boleh dibawa ke mana-mana untuk perniagaan atau sebarang tujuan yang baik. b) Gantung di empat penjuru kedai di tempat yang tinggi kalau berniaga setempat.
5. Semangat Badan: Meningkatkan semangat badan dan keyakinan diri bagi orang berbadan lemah.
6. Sebagai ikhtiar daripada Allah Taala, pakaikan kepada setiap ahli keluarga kita terutama sekali anak perempuan.
7. Boleh juga diselitkan di dalam sarung bantal tidur ahli keluarga kita.

PERINGATAN:
Berhati-hati dan jangan mudah tertipu dengan "Kayu Semeru Gajah" yang rupanya hampir sama dengan "Teras Gemunggal". Serupa tetapi tak sama.
Ingatlah, semuanya adalah sekadar usaha dan tawakkal kita kepada Allah Taala. Semuanya daripada Allah Taala dan kita wajib kembali berserah kepadaNya.
"Tiada penyakit yang tiada ubat, melainkan mati".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan